kerna itu

kau tak pernah dengar lagu si miskin yang mengemis di pinngir jalan yang becak,
kerna itu kau tak pernah tau ada saudara kita yang telah menyanyi lagu beccak..

kerna itu balada yang kau dengar hanya karya seni buatmu

karya seni buat di dengar dan berhibur

bukan buat direnungi dan di hayati.



bila nanti dia menangis,

apakah kau akan menganggap itu adalah seni teater musikal?

apabila perut mereka pula yang meratap sedih,bernyanyi lagu balada,

adakah itu juga seni???



nanti akan tiba satu saat yang mana aku dan mereka juga akan pergi ke tempat di mana kau tidur megah.andainya kautak mau anggap kami sebagai saudara,maka, anggap saja kami seperti kawanan anjing liar yang meminta-minta.

kerna aku telah melihat betapa akrab nya kau dengan kawanan anjing liar di tpi istana mu..



jika perut saudara mu ini tak lagi berarti,

anngap saja perut ini perut anjing liar

Popular Posts

Total Pageviews

Saturday, June 15, 2013

novel:bidadari asmaraloka

Prolog

“mungkin kita bersama
Nanti diatas  sana
Biar ku setia
Menjaga hatimu selamanya”

Sayu.Perlahan-lahan bait-bait kata yang terdendang merdu itu menerjah  ketelinga.Lantas,seolah  ia  punya  satu  tindak balas  gelombang bunyi  yang  sampai  ketelinga  langsung saja  mengilusikan  bayangan  silam.Satu titik  memori  yang aku  sendiri pun  tak mengerti,  apakah  harus  dipadam  atau  dibiar  subur  menemani  hari-hari  kedepan.
Kini hanya aku sendiri,menyepi dikamar sepi.Diluar,hujan malam sepertinya  menjadi penjara buatku.Penjara batin.Tahu apa salah aku?
Because i`m in love.That`s all….
Aku,Agus  Salim  Bin Adam,didapati bersalah  atas tuduhan  mencintai  dan  membuatku dicintai..
Mangsanya??
Bidadari  asmaraloka.
BAB  1
21 Mac  2012
Ini  hari  pertama aku dilantik  secara  rasminya  sebagai jurulatih  Bola Tampar  sekolah.Well,bukanlah aku  nie hebat sangat pun  nak  jadi  coach,tapi,alahai,bukannya nak  mengajar  pasukan SUKMA atau apa pun.Hek eleh,setakat  mengajar  budak sekolah menengah,apalah sangat.
 Dipendekkan cerita,aku pun mula lah mengajar budak2 sekolah nie.Walaupun tak bergaji(well,siapalah aku nak dibayar gaji kan?),tapi semangat tu tetap ada beb..Dari basic technique sampailah kepada  strategi,aku ajar setakat  pengalaman aku lah kan.
“ingat sikit.Digging tu takyah nak lawan bola sangat.Kuda kuda tu  kene ada,”aku mula bersuara.
Budak-budak memang hormat.Tak banyak complaint.
Alahai,bukannya aku kisah pun kalau diorang komplen.
“good daus,good,”aku memuji daus,kapten  pasukan  bola tampar  lelaki  bawah  15  tahu.
“eh,mesti lah..,aku daus la,”
Dia ni,aku tak  payah nak ajar pun  dah  memang pro  dah.
Tapi  kepoyoan dia nie sememangnya menyerlah.
Nasib lah dia ni ada bakat,kalau tak,takkan aku bagi rehat dia ni.
Oh,satu hal yang  korang kena tahu.Aku,tak akan bagi  budak-budak ni rehat sampailah diorang dapat  lepasi  latihan aku.Aku dulu  kena macam tu,so aku kenakan balik  kat  budak-budak tu  sama  macam yang aku kena.
Ada ‘hak’mendera.Seronoknya jadi coach!
“Okay,semua rehat  10  minit,”sekali lagi  aku bagi  arahan.
“10  minit?Eh,lama sangat tu.Mana boleh.Ahh,panggil je diorang.Bukan diorang kira pun masa,”aku bermonolog.
“okay,time`s up.semua berkumpul.”sekali lagi arahan.
“eh,air pun tak habis minum lagi,nak panggil,”Anis.Wakil  pasukan  perempuan  bawah  15 tahun  bersuara.Ahh,aku peduli apa,dia ni memang  mulut  tak boleh nak kalah dari murai.

“Okay,game  peringkat  zon  pudu  tinggal  lagi  satu bulan.So,aku  dah tetapkan  waktu  latihan.Waktu  pagi,masa  latihan  dari  pukul  8.00am  sampai  10.00  am.Waktu  tu  ialah  waktu  untuk  training  stamina  and  individual  technique.Petang,dari pukul  4.00pm  sampai  6.00pm  kita  training  strategi.Faham?”

“faham,”seiya dan sekata maklumbalas diorang.


“Okay,sekarang  lelaki  bawah  18  tahun  bangun.Kita  training serve dan digging  lagi.Everything  must be perfect.”


Overall,so far so  good.Hari  pertama sebagai  jurulatih  tak bertauliah  berjalan  lancar.











BAB  2

Confirm pelik  punya  kalau  ada  budak  lelaki  yang tengah cuti lepas  SPM yang  tak ada  kerja sanggup  bangun  pukul  6.30  pagi.Kan?Dan  yang lagi  peliknya,tujuan  dia  bangun  pagi  tu  adalah  disebabkan  nak  pergi  sekolah  untuk  melatih  budak-budak  main  bola  tampar.Dan,TANPA  BAYARAN.Dahlah tambang pergi balik beserta duit minum adalah tajaan bapak sendirian berhad.Sangat  pelik  kan?

Well,itulah aku.Bangun  pukul  6.30am.Mandi,solat,breakfast dan lepas tu  berangkat  kesekolah  pukul  7.30.Sampai  di  sekolah  lebih  kurang  pukul  7.50am.
Korang  pernah  terfikir  tak,kenapa aku sanggup  buat  macam tu?
Ada  3  alasan:
Pertama,aku  nak lari  dari  kene leter dengan  ibundaku yang tercinta.Jeritan dia…”agus!bangun!kemas rumah!mandi”
Erghh...tak terdaya aku.
Kedua,well,aku ni jenis yang  mengenang jasa okay….so,make it simple,aku terhutang budi dengan sekolah nie…
Ketiga dan yang terutama,yang  nie  part  yang  paling  membuatkan  aku exited.
Untuk  lebih  lanjut,sila  baca  sampai  habis.

~~~~0~~~~
Semakin dekat dengan  hari  pertandingan,aku semakin lah menggelabah.Tak  keruan.
Aku  pun  tak  pasti,adakah  ini  rasa  gugup  atau  semangat  yang  terlebih  membara.
Makin  hari,makin  kerap  aku  bermain-main  dengan  monolog  dalaman.
“Ni kali pertama aku  jadi  coach ni.Aku  mesti  bawak  nama  baik sekolah.”monolog  klise aku.
“tapi  kalau  kalah,malu lah aku,aku ni  coach  diorang.Malu lah dekat  cikgu-cikgu  semua”monolog  kerisauan aku.
“eh,sekolah tuan  rumah tu  banyak  awek yang  hot.Mana tahu  boleh  melekat satu,dua takpun tiga  awek,okay jugak,”monolog  fantasi  aku.


Macam-macam hal aku fikirkan.Terutamanya  monolog fantasi aku tu…well,who knows rite?Jodoh dimana-mana..kan??

Tuesday, June 4, 2013

gurindam anganku

angan aku si miskin harta
moga punya wang berjuta

angan aku si miskin jiwa
hendaknya tenang sampai ke tua

angan aku si miskin ilmu
harusnya menuntut tak pernah jemu

angan aku si miskin agama
mahu  FirmanNYA terus bergema

angan aku si fakir miskin,si papa kedana
jangan lah hidup kalau tiada guna