"orang melayu ni mesyuarat je kuat,buatnya tidak,"
Aku petik dr dialog ummie aida dlm filem Embun.
ada betulnya jugak.Dari dulu sampai sekarang.Mana pernah berkembang mentaliti melayu dari sudut yg 1 ni.Kekal sama.
Mungkin sekarang lbh teruk.Kerana bukan bmesyuarat lg skrg ni....lebih kpd debat tanpa pnghujung.
Ya,betul,mesyuarat dan perdebatan adalah medium utk menjana idea dan penyelesaian.Namun,dalam satu tahap,hanya perbincangan dan perdebatan tidak akan berguna tanpa sebarang usaha kearah melakukan sesuatu.Setidak-tidaknya mencuba untuk bertindak.
mungkin sudah jadi darah daging kita,apa yang dikatakan oleh pihak berlainan posisi dengan kita semuanya salah.Apa yang kawan kita kata semuanya betul.
Cubalah bersikap matang.
Yang betul tetap betul,yang salah tetap salah walau siapapun yang kata.