kerna itu

kau tak pernah dengar lagu si miskin yang mengemis di pinngir jalan yang becak,
kerna itu kau tak pernah tau ada saudara kita yang telah menyanyi lagu beccak..

kerna itu balada yang kau dengar hanya karya seni buatmu

karya seni buat di dengar dan berhibur

bukan buat direnungi dan di hayati.



bila nanti dia menangis,

apakah kau akan menganggap itu adalah seni teater musikal?

apabila perut mereka pula yang meratap sedih,bernyanyi lagu balada,

adakah itu juga seni???



nanti akan tiba satu saat yang mana aku dan mereka juga akan pergi ke tempat di mana kau tidur megah.andainya kautak mau anggap kami sebagai saudara,maka, anggap saja kami seperti kawanan anjing liar yang meminta-minta.

kerna aku telah melihat betapa akrab nya kau dengan kawanan anjing liar di tpi istana mu..



jika perut saudara mu ini tak lagi berarti,

anngap saja perut ini perut anjing liar

Popular Posts

Total Pageviews

Wednesday, June 4, 2014

"orang melayu ni mesyuarat je kuat,buatnya tidak,"
Aku petik dr dialog ummie aida dlm filem Embun.

ada betulnya jugak.Dari dulu sampai sekarang.Mana pernah berkembang mentaliti melayu  dari sudut yg 1 ni.Kekal sama.
Mungkin sekarang lbh teruk.Kerana bukan bmesyuarat lg skrg ni....lebih kpd debat tanpa pnghujung.
Ya,betul,mesyuarat dan perdebatan adalah medium utk menjana idea dan penyelesaian.Namun,dalam satu tahap,hanya perbincangan dan perdebatan tidak akan berguna tanpa sebarang usaha kearah melakukan sesuatu.Setidak-tidaknya mencuba untuk bertindak.

mungkin sudah jadi darah daging kita,apa yang dikatakan oleh pihak berlainan posisi dengan kita semuanya salah.Apa yang kawan kita kata semuanya betul.

Cubalah bersikap matang.
Yang betul tetap betul,yang salah tetap salah walau siapapun yang kata.